Pages

Saturday 10 March 2012

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Robert Gagne. Dua teori yang dibincangkan adalah tentang pembelajaran masteri dan pembelajaran hirarki. Kedua-dua teori ini adalah berkaitan dengan konsep pembelajaran. Di akhir modul dibincangkan implikasi teori ini untuk mengajar sains sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
  • Memperihalkan teori pembelajaran masteri 
  • Menerangkan lapan jenis pembelajaran hirarki 
  • Membincangkan implikasi kedua-dua teori untuk mengajar sains sekolah rendah
Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a)Pembelajaran Isyarat
Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Pembelajaran berlaku setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga menjadi lazim seperti yang diceritakan oleh Pavlov. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran. Seseorang individu memkanak-kanaki gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya:
apabila guru meletakkan tangannya ke bibir kanak-kanak akan diam. Dalam hal ini, kanak-kanak-kanak-kanak telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas
Pembelajaran rangsangan pula adalah apa yang diceritakan oleh Skinner. Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Penggunaan ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang boleh memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekal. Contohnya. bila seorang kanak-kanak menunjukkan satu tingkahlaku yang baik, beri pujian supaya dia sedar yang dilakukannya adalah baik dan patut diteruskan.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran ini adalah dimana seseorang membentuk kebolehan untuk menghubungkait dua atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas yang telah dikanak-kanaki menjadi satu urutan rangkaian untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Misalnya, ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa
Pertalian bahasa adalah satu proses dalam pembentukan kemahiran berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Contohnya, guru tunjukkan gambar kucing, dia akan menyebut kucing. Ini akan diulangi beberapa kali sehingga kanak-kanaknya dapat mengaitkan sebutan dengan objek tersebut. Ini akan menjamin peneguhan pertalian.

(e)Pembelajaran Diskriminasi
Pembelajaran jenis ini melibatkan pembentukan kebolehan untuk menunjukkan gerakbalas yang sesuai terhadap satu siri rangsangan yang berbeza. Bagi memudahkan proses mengelas dan menyimpan maklumat dalam ingatan , kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda mengikut ciri-ciri tertentu. Pada masa yang sama, kanak-kanak dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Kanak-kanak dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Kanak-kanak dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas dan pelbagai supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman konsep tersebut guru harus membawa beberapa bukan contoh pula. Contohnya, kalau ingin menyampaikan konsep mamalia, kanak-kanak perlu diberi memerhati sifat atau ciri-ciri yang ada pada contoh-contoh haiwan seperti kucing, harimau, kambing. Bila kanak-kanak sudah dapat menyatakan ciri-ciri yang sepunya pada haiwan-haiwan ini, guru akan kemukakan pula haiwan seperti buaya, ular, burung. dengan mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan yang bukan mamalia tadi akan mengukuhkan lagi konsep haiwan mamalia.

(g)Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini merupakan proses kognitif tinggi. Ia melibatkan seseorang berkebolehan untuk menghubungkait antara konsep-konsep dan mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk tadi dalam situasi yang pelbagai. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
Misalnya, ketika kanak-kanak memkanak-kanaki apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang perlu dikanak-kanaki ialah ‘membeku;. ‘isipadu’ dan ‘bertambah’. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk hukuman tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan konsep ‘bulat’ dan ‘bola’ ketika memkanak-kanaki hukum ‘benda-benda bulat tergolek’.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran paling kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Pembelajaran penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang rendah daripadanya (iaitu yang sebelumnya). Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.
IMPLIKASI TEORI UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH
Guru perlu memainkan pelbagai peranan untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau kita kaji semula apa yang dibincangkankan oleh Gagne dalam teori-teori yang diutarakannya, kita boleh gunakannya bagi menjalankan peranan tersebut dengan lebih berkesan. Di antara peranannya adalah sebagai perancang, pengurus dan penilai proses pengajaran. Guru harus menganalisis sukatan kanak-kanakan dan kemudian merancang urutan pengetahuan dan kemahiran mengikut hirarki. Untuk merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
a. Menentukan pengalaman atau pengetahuan sebagaimana Gagne kata proses pembelajaran bergerak daripada mudah ke kompleks. Kanak-kanak hanya akan memahami kefahaman yang baru kalau mereka ada pengalaman sedia ada.
b. Menentukan hanya satu kemahiran diajar pada satu-satu masa dan perlu dibina daripada kemahiran sedia ada (prerequisite)
c. Menentukan ciri-ciri kanak-kanak: kesediaan, tahap kemahiran,dan motivasi adalah diantara faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang proses pengajaran dan pembelajaran
d. Menggunakan pelbagai media semasa mengajar sebab setiap jenis pembelajaran memerlukan media yang berbeza. Contohnya kalau dalam pembelajaran konsep kanak-kanak perlu diberi pelbagai contoh dan bukan contoh yang konkrit supaya mereka boleh meneliti ciri-ciri yang terdapat yanh mana akhirnya dapat membentuk konsep yang tertentu.
e. Guru mentaksir secara formatif dan sumatif supaya guru dapat menentukan samada kanak-kanak memrlukan pemulihan, pengayaan atau boleh bergerak ke tajuk yang seterusnya.

0 comments:

Post a Comment